Ahad, 1 Januari 2012

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Agama Sri Maju Jaya terletak di Batu 54, Machap Dalam, Kg. Sri Maju Jaya Ayer Hitam. Sekolah ini terletak di Daerah Kluang dalam zon selatan. Sekolah ini mempunyai keluasan tapak seluas OE IR OOP (PTO 3794).

Sekolah Agama Seri Maju Jaya telah ditubuhkan dan bermula operasinya diawal tahun 1998.

Pada awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 4 orang guru dan 61 orang murid sahaja. Sehingga akhir 2009 sekolah ini mempunyai 8 orang guru dan 221 orang murid sesi pagi dan sesi petang. Pada tahun 2010 jumlah guru 7 orang dan murid 213 orang.

Sekolah ini dirasmikan pada 5 Jun 1998 bersamaan 6 Ramadhan 1418 Hijrah.

Bangunan sekolah ini adalah bangunan persendirian secara gotong royong oleh penduduk kampung.

Sekolah ini mempunyai 1 tingkat bangunan yang mengandungi 5 bilik darjah dan 1 bilik guru yang seluas 30’x30’.

Guru besar yang mula berhidmat di sekolah ini ialah Ustaz Suhaimi bin Md. Jais